Sunday, December 25, 2011

SARUNG KUSYEN TEMPAHAN NAZURA HASSAN DAN CIKGU FASIHAH

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera.....

Sepanjang cuti sekolah ni saya hanya dapat menyiapkan 2 pasang sarung kusyen sahaja . Ingatkan cuti sekolah macam2 produk boleh dihasilkan namun ianya tidak seperti yang saya rancangkan...hu hu hu.... pelbagai ragam ketiga-tiga anak saya perlu saya penuhi dari bangun tidur sehingga mereka tidur semula di malam hari... so selepas mereka tidur maka dengan ibunya pun tidur sekali....
So sarung kusyen kali ni adalah tempahan kakak ipar saya iaitu NAZURA HASSAN dan sahabat baik saya iaitu FASIHAH YAAKUB . Layannnnn....

TEMPAHAN NAZURA HASSAN



TEMPAHAN FASIHAH YAAKUB


Seperti biasa kepada yang berminat untuk tempahan bolehlah menghubungi saya melalui emel adilaosman@gmail.com atau di FACEBOOK/Adila Adnan .
Semoga hidup anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT . Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, December 5, 2011

PENCIL CASE UNTUK CIKGU AWEEN DAN PROJEK AMAL GMJ

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Pada tahun ini , anak sulung saya NURAZWEEN SHAFIZZA telah tamat belajar di PASTI dan akan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan . Pada hari terakhir persekolahan , maka sebagai tanda kenang-kenangan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-gurunya maka saya telah menjahitkan Pencil Case untuk mereka di atas jasa mereka yang telah menjaga dan mendidik anak saya .



Selain itu juga di FACEBOOK saya adalah merupakan ahli GMJ Club ( Geng Mesin Jahit Close Group ) . GMJ Club telah menganjurkan Projek Amal menjahit pensel case untuk dihadiahkan kepada anak-anak yatim .

SEKADAR RENUNGAN

Allah Azza wa Jalla berfirman :
Bandingan ( derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai . setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji . Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya , lagi meliputi ilmu pengetahuanNya .

( Al Baqarah ayat 261 )