Saturday, December 25, 2010

TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH "N"

Salam... ini hasil kerja saya seterusnya . Tempahan sarung kusyen oleh sahabat lama semasa di sekolah menengah dulu . Terima kasih "N" kerana sudi membuat tempahan .






Saiz : 16 inci x 16 inci
Warna kain : Putih
Harga : RM 60 sepasang

Berminat ????? Sila hubungi saya melalui emel : adilaosman@gmail.com atau di Adila Adnan/Facebook



Monday, December 13, 2010

TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH KAK MARDZIAH RAMLI

Salam....sarung kusyen kini kembali . Inilah hasilnya setelah hampir sebulan ianya terperam . Mohon maaf pada pemiliknya . Apa pun terima kasih kerana setia menanti . K Mai telah menempah 2 pasang sarung kusyen yang berlainan patern .





Saiz : 16 x 16 inci
Warna Kain : Gold
Harga : RM 60 sepasang

Patern yang berikutnya....






Saiz : 16 x 16 inci
Warna Kain : Krim
Harga : RM 60 sepasang

Kepada yang berminat ...
Hubungi saya di adilaosman@gmail.com atau di facebook/Adila Adnan

TOTEBAG LAGI..

Salam... dengan semangat yang berkobar- kobar maka terhasillah pula totebag saya yang ketiga . Kali ini saya buat besar sikit . Saiznya 20x20 inci . Trend sekarang ni saya lihat ramai yang suka pakai bag yang besar saiznya . Bag ni adalah milik Kak Mai . So Kak Mai , terimalah totebag dari Dilla yang Dilla buat penuh dengan semangat yang berkobar-kobar . Ha ha ha .



SEMANGATKU TELAH KEMBALI...YEAY !

Salam semua...
Dah lama benar rasanya tak post sebarang entry . Bermacam-macam perkara yang berlaku dalam kehidupan saya dan sedikit sebanyak telah menghilangkan semangat saya untuk terus melaksanakan minat yang mendalam dalam bidang jahitan . Akan tetapi pada hari Jumaat yang lalu semangat dan minat itu telah kembali semula dalam hidup saya , itupun setelah saya membuka blog NeezaNeedleS . Tutorial Simple Pencil Casenya telah membuakkan kembali semangat saya untuk kembali menghadap mesin jahit yang amat saya sayangi . Macam-macam kan........... inilah dinamakan ragam kehidupan . Bukan senang nak mengekalkan tugas yang diminati terus menerus... semuanya ada pasang surut..
Maka dengan ini terhasillah pencil case daripada ilmu yang dikongsikan oleh Neeza . Thank U so much Neeza .