Monday, December 24, 2012

SARUNG KUSYEN SULAMAN REBEN TEMPAHAN FIZAH

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera.....

Kembali mereben setelah lama ditinggalkan . Terlepas segala rindu dendam terhadap dunia mereben ni .  Terima ksasih diucapkan kepada Norhafizah Mohd Yusop kerana sudi membuat tempahan dengan Kak Dilla .Tak payah cerita banyak-banyak . Kita layannn dulu...





Ermm..macamana ? Ok tak ? Inilah hasilnya setelah sekian lama ditinggalkan hobi ini kerana sibuk dengan kerjaya saya sebagai pendidik dan ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar .
Bagi yang berminat jangan malu dan segan . Hubungi saya melalui emel adilaosman@gmail.com atau di Facebook http://www.facebook.com/adila.adnan . Sekiannn....

Monday, December 10, 2012

PLEATED TOTEBAG

Assalamualaikum .....
Salam Sejahtera ......

Inspirasi daripada tutorial di sini PLEATED TOTE TUTORIAL , maka telah terhasillah PLEATED TOTEBAG . Alhamdulillah , dengan sedikit ilmu asas-asas membuat bag yang ada saya berjaya menyiapkan bag ini dalam masa 3 jam .

CIRI-CIRI

Kain Heavy Cotton 
Berlining sebelah dalam
I poket tanpa zip
Opening Magnetic Button





Friday, December 7, 2012

POCKET TISSUE COVER

Assalamualaikum ...
Salam Sejahtera...

Alhamdulillah . Mood menjahit sudah kembali . Setelah selesai dengan pelbagai kerja maka peluang di musim cuti sekolah ni saya ambil untuk merealisasikan hobi yang sangat saya minati ini . Sebenarnya ada juga aktiviti  menghasilkan kraf yang saya jalankan sebelum ini akan tetapi saya tidak dapat mengambil gambar kerana kamera kesayangan saya telah rosak . Mujurlah adik saya sudi meminjamkan kameranya buat sementara waktu . Aktiviti dimulakan dengan membuat Pocket Tissue Cover yang ditempah oleh rakan sekerja saya iaitu Asmahani Azmi . Beliau membuat tempahan ini sempena perkahwinan adiknya pada 23 Disember 2012 ini .Jadi inilah hasilnya ...



Berminat untuk dijadikan cenderamata ??? Untuk tempahan bolehlah hubungi saya melalui emel adilaosman@gmail.com . Sekian.... :)

KOLEKS KAIN YG MASIH ADA DALAM STOK SAYA UNTUK TEMPAHAN BAG _Disember 2012

Salam ...
Saya kembali... dah terlalu lama sangat saya menyepi dari mengupdate blog . Jadi buat permulaannya saya dahului dengan mengupdate kain-kain heavy cotton yang masih ada dalam simpanan saya untuk dijadikan pilihan bagi yang mahu membuat tempahan dengan saya . Apa pun kepada yang sudi mengikuti perkembangan saya ... Terima Kasih diucapkan .... :)

KOLEKSI BELANG

 BELANG 02

 BELANG 03

 BELANG 07

 
 BELANG 10

 BELANG 12

 BELANG 13

 BELANG 15

KOLEKSI BUNGA

 BUNGA 02

 BUNGA 03

 BUNGA 04

 
 BUNGA 10

 BUNGA 11

 
 BUNGA 16

KOLEKSI CORAK

 CORAK 06

 CORAK 07

 CORAK 09

 CORAK 10

 
 DAUN 01

KOLEKSI KARTUN

 KARTUN 03

 KARTUN 06

 KARTUN 08

 KARTUN 09

FABRIC SUZIE COLLECTIONS

 FSC 10

 FSC 9

FSC 10

 FSC 11

FSC 12

OK. Aduhh.... semput mengupload gambar kain . Bagi yang berminat boleh pilih sendiri mana-mana kain yang berkenan untuk dijadikan totebag , sling bag , pensel case dan lain-lain lagi . Yelah dah nak bukak sekolah ni mesti nak semua yang baru . Barulah semangat sikit kan nak memulakan tahun baru . Jangan segan-segan hubungi saya melalui emel adilaosman@gmail.com . Sekian .

Tuesday, May 15, 2012

SLING BAG @ MESSENGGER BAG

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Kebelakangan ini saya banyak menerima tempahan Sling Bag . Sling Bag pertama buatan saya adalah untuk kanak-kanak .
Bila dah ada Sling Bag untuk kanak-kanak maka kena pulak buat saiz besar sikit sebab ada gak orang dewasa yang berminat dengan bag ni . Maka terhasillah pulak Sling Bag saiz A4dan saiz buku log . Selalunya kalo besar namanya bukan Sling Bag dah..akan tetapi namanya Messengger Bag . Mana-manalah ...janji sesuai untuk dipakai pada semua peringkat umur .Ok apalagi...layan gambar dulu....

UNTUK KANAK-KANAK




SAIZ KERTAS A4






SAIZ BUKU LOG



Ermm..macamana ? Ok tak ??? Hi hi.. Jika anda berminat bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau di Facebook / Adila Adnan untuk membuat tempahan . Hadiahkan untuk diri sendiri atau untuk yang tersayang . Harga yang saya tawarkan sangat berpatutan . Sekian , wassalam .

Friday, April 20, 2012

TOTEBAG POTRAIT

Assalamualaikum ...
Salam Sejahtera...

Berikutnya adalah totebag potrait air tangan saya tempahan rakan-rakan saya yang mengajar di kelas-kelas pendidikan khas Kuala Lumpur . Memandangkan mereka semua adalah guru makanya totebag potrait amatlah sesuai untuk mereka ....Terima kasih diucapkan kepada Kak Ceri , Kak Ros dan Kak Roy di atas tempahan ini . Semoga bergembira dengan bag masing-masing .

TEMPAHAN KAK CERI


TEMPAHAN KAK ROS


TEMPAHAN KAK ROY


Seperti biasa bagi yang berminat bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau di facebook / Adila Adnan .
Have a nice day :)