Monday, August 23, 2010

KIUT DRESS WITH RIBBON EMBROIDERY

Salam ...
Hari ni saya nak share pasal kiut dress yang telah ditambah sulaman reben . Actually , baju ni Kak Mai yang punya . Baju ni untuk anak sedara dia untuk dipakai pada hari raya ni . Just dapat buat simple RE memandangkan latar baju ni pun dah penuh bunga . Inilah hasilnya ....






Tuesday, August 17, 2010

MY TOTEBAG

Salam...
Teringin sangat nak menghasilkan totebag sendiri lebih2 lagi masa dok jalan2 kt CRAFTZONE MALAYSIA . Cantik dan mengujakan totebag yang dihasilkan oleh member2 craft . Dan saya pun meneruskan penjelajahan mencari maklumat camaner nak buat totebag ni....youtube , tutorial blogers....tapi masih tak paham jugak ( Bahagian nak buat lining tu yang tak berapa nak dapat tangkap...hi hi ) . Lastnya beli Kit Jahitan Bag Sandang dari Pn Suzana Mustafa ..my sifu...
So inilah hasilnya buat pertama kali....



Dan disinilah saya dapat ilmunya . Lain orang lain cara .... Kepada yang berkongsi ilmu iaitu Pn Ann...terima kasih yang tidak terhingga .

Wednesday, August 11, 2010

SARUNG KUSYEN TEMPAHAN HAZLINA HAKIM

Ini adalah tempahan Sarung Kusyen oleh kawan saya iaitu Kak Hazlina Hakim . K Ina nak gabungan kaler pink untuk sarung kusyen yang dia tempah. Harap K Ina suka.....

SARUNG KUSYEN TEMPAHAN ASMAHANI AZMI

Ini adalah tempahan Sarung Kusyen oleh kawan saya iaitu Asmahani Azmi . Ani tempah dua patern dan dia minat sangat dengan warna coklat... so inilah hasilnya....


Tempahan yang seterusnya......




Seperti biasa selamat menjamu mata dan berminat untuk tempahan sila hubungi saya di emel adilaosman@gmail.com atau facebook/Adila Adnan .

SELAMAT BERPUASA

Salam semua....
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini . Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan menggandakan ibadah kita....Semoga kita semua mendapat RAHMAT , MAGHFIRAH DAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA.... Amin.....

Thursday, August 5, 2010

TEMPAHAN SULAMAN REBEN ATAS KAD OLEH AZIZ

Salam....
Kembali lagi... kini saya paparkan tempahan oleh kawan lama saya semasa belajar di Sekolah Izzuddin Shah , Ipoh iaitu Abdul Aziz bin Zainal Abidin . Kali ni saya cuba buat patern yang lebih mencabar sikit daripada patern2 yang selalu saya buat...kalo atas kain lain . Sebab kain lembut dan sulaman atas kad ni kena sangat berhati-hati takut kertas terkoyak...
Saya sangat berharap Aziz berpuas hati dengan hasil kerja saya ni....dan kepada pengunjung blog selamat menjamu mata dan komen membina daripada anda sangat saya harapkan...saya budak baru belajar....
Bagi yang berminat sila contact saya di emel : adilaosman@gmail.com .