Showing posts with label BIG PURSE. Show all posts
Showing posts with label BIG PURSE. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

BIG PURSE KAIN COTTON BIASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Dah lama rasanya tak update blog ni ... sepanjang bulan Ramadhan yang lalu memang sibuk ... ni dah rasa lega sikit bolehla nak mengadap laptop dan mereka-reka ayat mana yang patut .. hi hi ...
Kali ni saya nak share hasil kerja saya yang seterusnya iaitu BIG PURSE yang dibuat daripada kain cotton biasa . Dah jadi habbit sekarang ni kalo gi KAMDAR , saya akan ronda kat bahagian kain cotton yang harganya semeter RM 2.80 . Kalo bernasib baik memang akan jumpa kain cotton yang corak dan warnanya menarik . So kalo masa saya datang tu ada kain cotton yang cantik2 mmg saya akan borong semeter bagi setiap kain . Gerammmmm... memang kena beli sebabnya kalo tak beli bila datang esok stok kain tu dah tak ada...
Purse ni jugak saya buatkan untuk Pembantu Kelas Pendidikan Khas ( kelas yang saya ajar ) . Setiap kali nak ke kantin depa kena bawak duit murid ... so timbullah idea untuk buatkan sorang satu untuk depa... Suka saya tengok bila depa gembira tak terkata .... Alhamdulillah ....




Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ....



dan...



Wednesday, May 4, 2011

BULK ORDER MY BIG PURSE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dari minggu lepas sampailah sekarang adalah merupakan hari-hari yang tersangatlah sibuknya.... Sangat-sangat mengimpikan rehat yang secukupnya....akan tetapi demi minat dan permintaan daripada kawan-kawan akanku gagahi jua untuk menyiapkan semua tempahan mengikut masa yang telah dijanjikan....

Berikut adalah tempahan BIG PURSE sempena hari guru yang bakal menjelang tiba....
Terima kasih diucapkan kepada kawan lama masa sekolah rendah dulu iaitu
PUAN HASHNANI LIZA dan kawan baru PUAN JULIANA KAMARI .

Layannnn....



Monday, April 4, 2011

BIG PURSE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Akhirnya saya berjaya menghasilkan purse berlining . Ini semua adalah di atas jasa baik Cik Tie yang sudi berkongsi ilmu dengan saya . Thank U so much Cik Tie . Jasamu dikenang ....




SAIZ
4"X6"

HARGA
RM 6.00 sebuah

Kepada yang berminat bolehlah membuat tempahan . Bulan Mei nanti kita akan menyambut banyak hari istimewa seperti HARI IBU dan HARI GURU . So , apalagi JOM BELI . Hadiahkan kepada insan-insan yang banyak berjasa kepada anda semua .

Seperti biasa sekiranya anda berminat hubungi saya di adilaosman@gmail.com atau Facebook/Adila Adnan .