Showing posts with label PENCIL CASE. Show all posts
Showing posts with label PENCIL CASE. Show all posts

Monday, December 5, 2011

PENCIL CASE UNTUK CIKGU AWEEN DAN PROJEK AMAL GMJ

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Pada tahun ini , anak sulung saya NURAZWEEN SHAFIZZA telah tamat belajar di PASTI dan akan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan . Pada hari terakhir persekolahan , maka sebagai tanda kenang-kenangan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-gurunya maka saya telah menjahitkan Pencil Case untuk mereka di atas jasa mereka yang telah menjaga dan mendidik anak saya .



Selain itu juga di FACEBOOK saya adalah merupakan ahli GMJ Club ( Geng Mesin Jahit Close Group ) . GMJ Club telah menganjurkan Projek Amal menjahit pensel case untuk dihadiahkan kepada anak-anak yatim .

SEKADAR RENUNGAN

Allah Azza wa Jalla berfirman :
Bandingan ( derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai . setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji . Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya , lagi meliputi ilmu pengetahuanNya .

( Al Baqarah ayat 261 )

Monday, July 4, 2011

TESTING HANDMADE...

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera...

Minggu lepas adalah minggu yang tersangatlah sibuknya... segala kerja meNjahit tidak dapat berlangsung dengan sempurna... bila badan dah letih makanya semangat pun turut ikut sama...
Harapnya minggu ni dan minggu-minggu seterusnya akan berjalan dengan lancar.... Amin....

Entry kali ni saya nak share pasal aktiviti coba-coba saya.... ada permintaan untuk buat make up pouch dan box pencil case..makanya kenalah saya buat sesi percubaan dulu... rujuk kat tutorial bloggers dan cuba buat....dan hasilnya bila customer setuju barulah boleh saya ambik tempahan... Ye la nanti kalo tak puas hati tak syokla macam tu kan.... prinsip saya dalam menghasilkan handmade adalah saya dapat mengembirakan hati orang lain ..

BOX PENCIL CASE





MAKEUP POUCH







Friday, June 10, 2011

PENCIL CASE MEDIUM SIZE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,


Sebanyak 10 buah pencil case medium size telah ditempah oleh Kak Hazlina Hakim untuk 5 orang anak daranya . Satu untuk sekolah pagi dan satu lagi untuk sekolah agama di sebelah petang . So memandangkan pencil case ini adalah untuk budak sekolah rendah maka saya memilih fabrik yang bertemakan kartun dan fabrik belang yang warnanya agak menyerlah . Sememangnya budak-budak tu teruja bila dah dapat bahagian masing-masing . Siap tunjuk kat kawan dan kawannya pun nak tempah jugak.....alhamdulillah dan seronok sebab dapat buat sesuatu yang menggembirakan hati sesama insan ....


Monday, May 16, 2011

PENCIL CASE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Dah hampir seminggu tak update blog... bizi sesangat... tapi syukur alhamdulillah...banyak rezeki masuk... terima kasih kepada semua yang sudi membuat tempahan dengan saya....
Untuk minggu ni saya paparkan hasil kerastangan saya yang seterusnya iaitu pencil case... sejak dah pandai buat pencil case berlining sebelah dalam ni saya semakin suka nak buat pencil case patern cam ni... pada mulanya saya sangkakan susah nak membuatnya rupanya .....senangggg bangat.... i like...

TEMPAHAN MARIATI MAMAT
( Pencil Case untuk Ibu dan Anak )



PENCIL CASE UNTUK ANAKKU
NURAZWEEN SHAFIZZA
( Satu untuk letak alatulis dan satu lagi untuk letak pensel warna )



Untuk pertanyaaan lanjut dan berminat membuat tempahan bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau facebook/Adila Adnan . Harga yang saya tawarkan sangat-sangat berpatutan . Wassalam.