Tuesday, March 29, 2011

KEYCHAIN FOR SALE.....RM 1!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Wahai rakan-rakan semua . Ini hasil kerastangan saya yang terkini . Dan dengan segala hormatnya saya mengumumkan keychain ini akan dijual dengan harga serendah RM 1 sahaja/satu . Kepada yang berminat bolehlah membuat tempahan . Amat sesuai untuk kunci-kunci yang masih tiada keychain dan sesuai juga dijadikan hadiah untuk adik beradik dan kawan-kawan tersayang . Hi hi hi... Setiap pembelian 10 set akan mendapat FREE GIFT daripada saya . JOM BELI !!!! Segala pertanyaan lanjut bolehlah contact saya di adilaosman@gmail.com atau di Adila Adnan/Facebook .




Monday, March 28, 2011

SLING BAG FOR ARAH

Assalamualaikum dan salam Sejahtera ,

Sling bag yang saya nak paparkan ini adalah tempahan rakan sekerja iaitu Mariati Mamat . Sling bag ni adalah untuk dihadiahkan kepada anaknya ARAH untuk gi shopping kat Giant , Tesco dan seumpamanya... Harap ARAH dan mamanya sukaaaa....



Sunday, March 27, 2011

TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH HASLIN LIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Seterusnya saya nak paparkan tempahan sarung kusyen yang berikutnya iaitu tempahan Haslin Lin . Lin adalah kawan baru saya yang telah membuat tempahan setelah melihat hasil sulaman reben saya di blog ini . Terima kasih Lin kerana sudi membuat tempahan dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan tempahan ini . Semoga silaturrahim antara kita berkekalan . Amin .






Saiz : 15"x15"
Warna Kain : Krim
Harga : RM 60 sepasang

Untuk pertanyaaan lanjut dan berminat membuat tempahan bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau facebook/Adila Adnan .

Saturday, March 19, 2011

TEMPAHAN SUZILAWATIE GHAZALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Seterusnya saya nak paparkan tempahan kawan satu sekolah di SERATA dulu2 . Kebetulan Suzie pulang bercuti di kampungnya Teluk Kepayang , Bota . Dia menetap di Mantin , Negeri 9 . Mengejut je tempahan Suzie ni... dia SMS belah pagi dan nak ambik pada sebelah malam .... boleh tahan kelam kabut juga nak buat tempahan Suzie ni sebabnya my hubby baru tiba dari IPOH pada jam 11.00 pagi . Pastu bersiap nak masak pulak . Selepas Zohor baru boleh mula .... siapnya dalam pukul 9.30 malam . Lega....dapat juga siapkan . Inilah hasilnya...

TOTEBAG



NETBOOK SLEEVE


Untuk pertanyaaan lanjut dan berminat membuat tempahan bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau facebook/Adila Adnan .

Wednesday, March 16, 2011

HANDPHONE AND GPS COVER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Perkongsian hasil kerastangan saya yang seterusnya iaitu....

HANDPHONE COVER
TEMPAHAN PN NAZURA HASSAN



GPS COVER
TEMPAHAN MKyg INA


Monday, March 14, 2011

TERIMA KASIH KAK TIPAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari pertama cuti sekolah pertengahan semester pertama bagi tahun 2011 ... tak dapat melaksanakan apa-apa kerja menjahit..hanya boleh memandang dengan rasa geram....hi hi hi...
Suami outstation ... bawak murid menyertai pertandingan hoki peringkat negeri di Ipoh... so masa perlu diberi tumpuan sepenuhnya untuk anak-anak... Apa pun masih ada masa untuk mengadap my lappy...
Hari ni saya nak kongsikan bersama tempahan daripada Kak Latifah Idris ... Ada 3 tempahan dan telah berjaya saya siapkan masa hujung minggu yang lalu ... Terima kasih Kak Tipah...

DIAPERS BAG



SLING BAG



MESSENGER BAG


Thursday, March 3, 2011

MESSENGER BAG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .....

Kali ni buat bag lain pulak...messenger bag namanya . Ada permintaan untuk buat bag ni tapi tak pernah try lagi . So percubaan pertama cuba dulu buat bag ni untuk Azween . Kalau untuk Azween mestilah untuk Haiqal pun ada jugak . So kenala potong kain untuk 2 bag . Inilah hasilnya .... tapi dah nampak macam Sling Bag la pulak....ahh..tak kisahlah yang penting saya dah dapat ilmu camaner nak buat messenger bag . Selain tu saya rujuk blog SCLover Collection . Inilah hasilnya....



Seterusnya bila dah berjaya dapat ilmu ni , maka terhasillah Messenger Bag khusus dibuat untuk suami tercinta ....