Showing posts with label SULAMAN REBEN. Show all posts
Showing posts with label SULAMAN REBEN. Show all posts

Friday, July 8, 2011

FIRST TRY..SULAMAN REBEN BUNGA ROS

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera...

Ermmm.... makan masa yang agak lama untuk menghasilkan sulaman reben bunga ros ni.. setelah tiga kali percubaan baru jadi...jadi ker ???? entahlah... nampak macam jadi... apa pun kepada yag pakar harap dapat beri komen untuk penambahbaikkan... belajar melalui gambar kadang-kadang jadi kadang tak jadi..macam tu la...apa pun layan jelah...





Tuesday, December 22, 2009

BINGKAI GAMBAR

Bertemu semula setelah lama bercuti. Kali ni saya nak sharekan sulaman reben di atas kertas pulak . Actually , sulaman ni saya praktikkan apa yang ada dalam buku Sifu Sulaman Reben saya iaitu Pn Suzana Mustafa @ Pn Ann . Sebenarnya , ada member kawin so terasa macam nak give something different . Selak-selak buku hikmat Pn Ann maka timbul mood untuk buat bingkai gambar sebagai hadiah perkahwinan member saya tu yang dapat saya siapkan dalam tempoh 2 jam jer . Terasa satu kepuasan dapat menghasilkan sesuatu untuk diberikan kepada rakan tersayang . Harap-harap pemberian saya ni dihargai ...he he .

SEBELUM DIBINGKAIKAN...





SELEPAS DIBINGKAIKAN...



Tuesday, October 20, 2009

CANISTER COOKIES

Alhamdulillah ... akhirnya siap jugak penutup bekas kuih pada akhir syawal . He he lawak betul . Patutnya akhir ramadhan la patut siapnya tapi saya terbalik pulak . Inilah hasilnya untuk saya kongsikan hasil kerja campur minat saya dengan kawan-kawan semua . Sudi-sudilah bagi komen yang membina . Sarung kusyen pulak akan menyusul selepas ini . Tak lupa jugak jutaan terima kasih diucapkan kepada kak ana di atas segala tunjuk ajar yang diberikan .




Wednesday, October 7, 2009

RIBBON EMBROIDERY

Sebenarnya dah lama nak share pasal hobby terkini saya ni ..tapi hasilnya pada saya masih belum sesuai untuk ditatap kalian . Selain daripada kebizian yang melanda dan anak2 pun sibuk nak join jugak so hobby tu terpaksa saya peramkan kejap . Sekarang ni saya dah mula stat balik ditambah pulak ada pakar rujuk iaitu kakak ipar saya yang agak aktif dalam bidang ni ... Hobby yang saya maksudkan ni adalah SULAMAN REBEN .
Minat ni timbul bila saya pandang sarung kusyen yang disulam reben dalam kereta adik saya . Punyala cantik and so sweeet...Apalagi..terusla cari dalam internet . Rupanya bidang ni dah tersebar meluas . Banyak yang dah saya ketinggalan . Tapi saya masih boleh join kelas secara online oleh Pn Suzana Mustafa dan barang2 pun boleh terus dioder daripada beliau . Best kan ???
Bagi yang berminat bolehla kunjungi laman web wanitamelayu.com dan cari art of a needlework .
Ini hasil pertama saya ...


Percubaan yang pertama ni tak tau le ok ke tak ...tapi kira ok la tu hi hi ...Percubaan kedua dibuat bila baju raya Aween bahagian tengkuknya terpaksa dipotong sedikit sebabnya tak muat masuk kepala ..maklum ajela baju beli . So untuk menyembunyikan kecacatannya timbulnya idea nak sulam reben kat bahagian yang cacat tu ...Inilah hasilnya ....


Sekarang dalam proses buat canister cookies dan sarung kusyen . Tunggula hasilnya ....
Oklah sampai sini je dulu ...Wassalam .