Sunday, February 27, 2011

SARUNG KUSYEN SULAMAN REBEN TEMPAHAN IDA NOOR FAUZANA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Sarung kusyen yang seterusnya adalah tempahan Ida Noor Fauzana , kawan saya semasa bertugas di SK Slim Village , Slim River suatu masa dulu . Terima kasih Ida , kerana sudi membuat tempahan dengan saya . Inilah hasilnya.....

SELAMAT MENJAMU MATA






Saiz : 16 inci x 16 inci
Warna Kain : Krim
Harga : RM 60 sepasang

Macam biasalah... bagi sesiapa yang berminat nak buat tempahan seperti di atas sila hubungi saya di adilaosman@gmail.com atau Adila Adnan/Facebook .

HUDA'S BAG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Seterusnya saya nak kongsikan hasil kerja saya yang seterusnya .... 1/2 totebag . Bag ini adalah permintaan rakan sekerja saya , Huda . Dia mahukan hanya separuh daripada totebag yang saya hasilkan sebelum2 ni . Risau gak nak buat mula2nya . Saya ni kadang-kadang ada masalah sikit bila nak memulakan sesuatu yang baru... bukan apa risau tak jadi . Inilah hasilnya dan alhamdulillah ....


Saturday, February 19, 2011

TOTEBAG WITH RIBBON EMBROIDERY

Salam ...
Percubaan membuat totebag disertai dengan Sulaman Reben . Teruja tengok bag sulaman reben yang dibuat oleh geng RE seperti CIK TIE , MAK LANG , KAK INA , ZALIANA DAN KAK MARLINA . Teringin sangat nak buat tapi tak cukup masa . Cuba gak curi masa dan terhasillah totebag with simple ribbon embroidery . Harap-harap geng RE dapat memberi komen supaya di masa akan datang akan saya dapat memperbaiki mana yang masih lemah . Layaannnn......




Friday, February 18, 2011

TOTEBAG LAGI..

Salam...
Ada lagi totebag untuk dipaparkan buat tatapan kalian . Seronok buat totebag ni... lagi seronok bila kawan-kawan menghargai hasil kerja kita... betul tak ??? Hi hi hi...Terima kasih semua....





Friday, February 11, 2011

TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH MUSTIKA FAEZ

Salam...
Hari ni saya nak kongsikan pula Tempahan Sarung Kusyen oleh Mustika Faez @ Faezah Abu Hanifah , Classmate saya semasa belajar di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim , Sungai Petani , Kedah .

SELAMAT MENJAMU MATA





Saiz : 16 inci x 16 inci
Warna Kain : Krim
Harga : RM 60 sepasang

Macam biasalah... bagi sesiapa yang berminat nak buat tempahan seperti di atas sila hubungi saya di adilaosman@gmail.com atau Adila Adnan/Facebook .

Thursday, February 10, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Salam...

Best tul bulan ni . Banyak betul GA dan yang paling penting GA yang saya join bila syarat-syarat yang dikemukakan tidak sukar . Bulan lain banyak jugak tapi saya malas nak join sebabnya syarat2 yang dikemukakan agak sukar bagi saya...hi hi hi...malas sebenarnya ....ha ha ha...
Jom join wahai rakan kraf sekalian .... Hadiahnya sangat menarik dan yang penting air tanganCIK AS .
Maklumat lanjut kunjungi ...



Tuesday, February 8, 2011

GIVEAWAY NANNIES'S PASSION 2011

Salam...

Lagi GA untuk disertai... syaratnya mudah... itu yang saya suka....hi hi ... Hadiah yang ditawarkan juga menarik . Ini antara syarat-syarat penyertaannya...

(1) Terbuka pada semua follower . So jadi follower dulu ya ( Baru la adil buat yang sedia ada )
(2) Sudi la buat entri GA saya ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment dan tinggalkan email atau link blog anda ya , thanks.
(4) Terbuka kepada sahabat-sahabat beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).

Masa terhad . Sehingga hari Jumaat ini (11/2/2011) . Marilah beramai-ramai menyertai GA Kak Nannie . Untuk maklumat lanjut jom singgah ke blog .......










Sunday, February 6, 2011

JOM JOIN GIVEAWAY HSUE CRAFT 2011

Salam ...
Dah lama tak join giveaway . Disebabkan syarat2 yang dikemukakan oleh tuan punya giveaway ni tak susah so saya pun joinla...hi hi hi...
Kepada pengunjung blog ni jomla kita beramai-ramai join giveaway ni . Syaratnya tak susah dan hadiah nak ditawarkan sangat-sangatlah menarik hati . Cantik betul hasil kerja HSUE ni . Tabik spring kat dia .
Inilah dia antara hadiah yang ditawarkan....



Maka dengan itu silalah lawati .....