Showing posts with label TEMPAHAN ATAS PERMINTAAN. Show all posts
Showing posts with label TEMPAHAN ATAS PERMINTAAN. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

BAG MENGAJI

Assalamualaikum ...
Salam Sejahtera ....

Di atas permintaan sahabat saya Kisnawati dan Mariati , maka saya telah berjaya menyiapkan Bag Mengaji yang sangat simple untuk memenuhi permintaan mereka . Bag-bag ini telah berjaya disiapkan dalam satu malam sahaja . Dan disebabkan pada malam tersebut RRRRRRRAJIN saya teramat berlebihan maka saya telah membuat bag mengaji ni siap dengan pensel case yang sedondon dengan kain bagnya . Terima kasih kerana sudi menempah dengan saya .

TEMPAHAN MARIATI MAMAT



TEMPAHAN KISNAWATI MAHSEN


Monday, April 4, 2011

TEMPAHAN NOREHAN MAT JUSOH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ......

Kali ni layan lagi Handphone Cover dan Big Purse tempahan rakan sekerja saya . Norehan mahukan kain yang berbunga Vantage .... So , saper-saper yang berminat membuat tempahan boleh pilih kain . Kunjungi Facebook/Adila Adnan dan dalam album Pilih Kain , saya ada upload contoh-contoh kain yang ada dalam stok saya . Boleh pilih dan tempah ..

HANDPHONE COVER



BIG PURSE



Saturday, March 19, 2011

TEMPAHAN SUZILAWATIE GHAZALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Seterusnya saya nak paparkan tempahan kawan satu sekolah di SERATA dulu2 . Kebetulan Suzie pulang bercuti di kampungnya Teluk Kepayang , Bota . Dia menetap di Mantin , Negeri 9 . Mengejut je tempahan Suzie ni... dia SMS belah pagi dan nak ambik pada sebelah malam .... boleh tahan kelam kabut juga nak buat tempahan Suzie ni sebabnya my hubby baru tiba dari IPOH pada jam 11.00 pagi . Pastu bersiap nak masak pulak . Selepas Zohor baru boleh mula .... siapnya dalam pukul 9.30 malam . Lega....dapat juga siapkan . Inilah hasilnya...

TOTEBAG



NETBOOK SLEEVE


Untuk pertanyaaan lanjut dan berminat membuat tempahan bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau facebook/Adila Adnan .

Monday, March 14, 2011

TERIMA KASIH KAK TIPAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari pertama cuti sekolah pertengahan semester pertama bagi tahun 2011 ... tak dapat melaksanakan apa-apa kerja menjahit..hanya boleh memandang dengan rasa geram....hi hi hi...
Suami outstation ... bawak murid menyertai pertandingan hoki peringkat negeri di Ipoh... so masa perlu diberi tumpuan sepenuhnya untuk anak-anak... Apa pun masih ada masa untuk mengadap my lappy...
Hari ni saya nak kongsikan bersama tempahan daripada Kak Latifah Idris ... Ada 3 tempahan dan telah berjaya saya siapkan masa hujung minggu yang lalu ... Terima kasih Kak Tipah...

DIAPERS BAG



SLING BAG



MESSENGER BAG