Tuesday, June 21, 2011

TOTEBAG LAGI..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sepanjang cuti sekolah yang lalu saya pulun menyiapkan tempahan totebag . Waktu cuti kena dimanfaatkan sepenuhnya kerana bila dah buka sekolah banyak komitmen lain yang perlu diberi tumpuan . Inilah senario part time crafter macam saya dan kawan-kawan crafter yang lain . So ...layan ajelah..
















Friday, June 10, 2011

PENCIL CASE MEDIUM SIZE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,


Sebanyak 10 buah pencil case medium size telah ditempah oleh Kak Hazlina Hakim untuk 5 orang anak daranya . Satu untuk sekolah pagi dan satu lagi untuk sekolah agama di sebelah petang . So memandangkan pencil case ini adalah untuk budak sekolah rendah maka saya memilih fabrik yang bertemakan kartun dan fabrik belang yang warnanya agak menyerlah . Sememangnya budak-budak tu teruja bila dah dapat bahagian masing-masing . Siap tunjuk kat kawan dan kawannya pun nak tempah jugak.....alhamdulillah dan seronok sebab dapat buat sesuatu yang menggembirakan hati sesama insan ....


Thursday, June 9, 2011

MY FIRST BAG WITH ZIP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya saya berjaya mengattachkan zip pada koleksi bag buatan saya yang seterusnya...hi hi hi..best tak terkata....macam biasa saya memang lambat sikit kalo rujuk pada blog-blog crafters..so akhirnya saya beli satu bag berzip yang berharga RM 10 kat pasar malam , saya bukak balik dan cantum balik.... barulah faham... rupanya tak la susah mana ..