Tuesday, December 22, 2009

BINGKAI GAMBAR

Bertemu semula setelah lama bercuti. Kali ni saya nak sharekan sulaman reben di atas kertas pulak . Actually , sulaman ni saya praktikkan apa yang ada dalam buku Sifu Sulaman Reben saya iaitu Pn Suzana Mustafa @ Pn Ann . Sebenarnya , ada member kawin so terasa macam nak give something different . Selak-selak buku hikmat Pn Ann maka timbul mood untuk buat bingkai gambar sebagai hadiah perkahwinan member saya tu yang dapat saya siapkan dalam tempoh 2 jam jer . Terasa satu kepuasan dapat menghasilkan sesuatu untuk diberikan kepada rakan tersayang . Harap-harap pemberian saya ni dihargai ...he he .

SEBELUM DIBINGKAIKAN...





SELEPAS DIBINGKAIKAN...



Wednesday, November 4, 2009

SARUNG KUSYEN

Akhirnya siap jugak RE yang dijahit pada kain untuk buat sarung kusyen . Inilah hasilnya untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan semua . Jangan lupa berikan komen yang membina tau ...




Wednesday, October 21, 2009

MAKAN ANGIN KE TAIPING...

Pada hari Sabtu yang lepas , tengah dok sibuk mengadap Sulaman Reben tetiba adik telefon ajak pegi Zoo Taiping bawak anak2 sedaranya jalan-jalan . Apalagi dalam masa setengah jam bersiap , kelam kabut jugak dibuatnya . Kami sampai di Taiping dalam pukul 1.00 petang dan terus menuju ke zoo . Dah lama jugak tak pegi zoo. Kalo tak silap last pegi sana pada tahun 2004 . Apa yang pasti antara tujuan pegi zoo ni nak tunjuk kepada anak2 haiwan yang keadaan yang sebenar . Sebelum ni depa dok tengok gambar dan dalam tv jer . Aween teruja . Tapi paling syok tengok muka Haiqal , macam muka orang yang terkena kejutan elektrik . Walaupun masih tak boleh cakap lagi tapi dia akan menunjuk kepada haiwan2 yang dia nampak . Lepas tu kami terus menuju ke kawasan air terjun yang terletak di kaki Bukit Larut . Cadangnya nak mandi . Tapi ramai sangat orang bagi anak-anak je yang mandi . Lebih kurang dalam pukul 3 petang , kami bergerak pulang . Tak lupa jugak singgah di pasar Cangkat Jering untuk membeli sate . Bila sampai di rumah , ayah Aween tanya...Aween pegi mana tadi ? Jawab dia ...Pegi mandi sungai . Langsung lupa tujuan asal ibunya yang nak dia belajar something kat ZOO ...Emm alahai .





Tuesday, October 20, 2009

CANISTER COOKIES

Alhamdulillah ... akhirnya siap jugak penutup bekas kuih pada akhir syawal . He he lawak betul . Patutnya akhir ramadhan la patut siapnya tapi saya terbalik pulak . Inilah hasilnya untuk saya kongsikan hasil kerja campur minat saya dengan kawan-kawan semua . Sudi-sudilah bagi komen yang membina . Sarung kusyen pulak akan menyusul selepas ini . Tak lupa jugak jutaan terima kasih diucapkan kepada kak ana di atas segala tunjuk ajar yang diberikan .




Wednesday, October 7, 2009

RIBBON EMBROIDERY

Sebenarnya dah lama nak share pasal hobby terkini saya ni ..tapi hasilnya pada saya masih belum sesuai untuk ditatap kalian . Selain daripada kebizian yang melanda dan anak2 pun sibuk nak join jugak so hobby tu terpaksa saya peramkan kejap . Sekarang ni saya dah mula stat balik ditambah pulak ada pakar rujuk iaitu kakak ipar saya yang agak aktif dalam bidang ni ... Hobby yang saya maksudkan ni adalah SULAMAN REBEN .
Minat ni timbul bila saya pandang sarung kusyen yang disulam reben dalam kereta adik saya . Punyala cantik and so sweeet...Apalagi..terusla cari dalam internet . Rupanya bidang ni dah tersebar meluas . Banyak yang dah saya ketinggalan . Tapi saya masih boleh join kelas secara online oleh Pn Suzana Mustafa dan barang2 pun boleh terus dioder daripada beliau . Best kan ???
Bagi yang berminat bolehla kunjungi laman web wanitamelayu.com dan cari art of a needlework .
Ini hasil pertama saya ...


Percubaan yang pertama ni tak tau le ok ke tak ...tapi kira ok la tu hi hi ...Percubaan kedua dibuat bila baju raya Aween bahagian tengkuknya terpaksa dipotong sedikit sebabnya tak muat masuk kepala ..maklum ajela baju beli . So untuk menyembunyikan kecacatannya timbulnya idea nak sulam reben kat bahagian yang cacat tu ...Inilah hasilnya ....


Sekarang dalam proses buat canister cookies dan sarung kusyen . Tunggula hasilnya ....
Oklah sampai sini je dulu ...Wassalam .

RAYA 2009

Bertemu Kembali..Citer pasal raya tahun ni . Raya ala kadar jer . Tapi syok tengok anak-anak yang dah semakin membesar menyambut hari raya ...dah pandai nanyi lagu raya sikit-sikit dan kenal duit raya yang diberi oleh sanak saudara dan rakan taulan . Apa pun semoga dipanjangkan umur untuk bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang . Kepada semua rakan seperjuangan ampun maaf dipinta seandainya terdapat salah silap yang saya lakukan sepanjang perkenalan kita . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...MAAF ZAHIR DAN BATIN .
Ini antara gambar yang sempat disnap masa raya yang lalu...

ANAK-ANAKU : NURAZWEEN SHAFIZZA DAN MUHAMMAD HAIQAL SHAZWAN BERSAMA SEPUPU MEREKA IAITU HARRIS ZAKUAN



Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN SELAMAT...

Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan walaupun nak tinggal beberapa hari lagi ...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan tak terlalu awal untuk mengucapkan ....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 15, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA.....

Alhamdulillah..akhirnya saya kembali . Banyak cerita yang nak dikongsikan bersama ...tapi itulah... Saya mulakan dengan berkongsi cerita kisah saya di sekolah baru ni . Ini ada beberapa keping gambar sekolah .





Hampir 3 bulan menyesuaikan diri di sini ..alhamdulillah semuanya menyenangkan hati saya dan saya tidak lagi berkerja di dalam keadaan tertekan .
Di sekolah ini , terdapat 3 program pendidikan khas iaitu pra sekolah pendidikan khas , pendidikan khas bermasalah pendengaran dan pendidikan khas bermasalah pembelajaran . Saya ditempatkan di kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang diterajui oleh Pn Zabidah sebagai penyelaras bersama 5 orang guru termasuk saya . Pembantu seramai 4 orang dan muridnya pula seramai 25 orang . Apa lagi yer....memang bestla bertugas kat sini...apa yang penting bekerja dalam keadaan yang nyaman dan gembira ...hi hi hi . Ini ada gambar budak-budak dengan saya ...


MASA WABAK H1N1 TENGAH HANGAT...

Ok..cukup setakat ni . Nanti saya cerita lagi ...Tata titi tutu...
Wassalam .

Thursday, July 2, 2009

SEKOLAH BARU...

Semalam ... 1 Julai 2009 saya telah mendaftar diri ke sekolah baru... Suasana yang sangat asing bagi saya kerana ini pertama kali saya bertugas di sekolah yang begitu besar . Gurunya saja dah mencecah 70 orang ke atas . Teruja ! Terkejut! Atau...
Itulah hakikat yang perlu saya terima ..bertugas di Kompleks Sekolah Wawasan Manjung . Pendedahan awal yang saya dapat daripada pentadbirnya yang hebat iaitu Tn Hj Ahmad Dalail bin Mohd Rakim , guru-guru di sekolah ini celik IT. Malahan rancangan pengajaran hariannya pun ditaip komputer . Mujurlah saya tidaklah ketinggalan sangat dalam dunia IT so takdelah menjadi masalah besar bagi saya untuk menyesuaikan diri di sini . Selain guru ...muridnya juga hebat kerana mempunyai emel dan blog peribadi masing-masing . Yelah .. sekolah di pekan yang besar. Kalo tak tahu IT memang kunolah...

Nak tahu lebih lanjut pasal sekolah baru saya ni kunjungilah www.skseribayu.edu.my
Chow...

Wednesday, June 24, 2009

TINGGAL BERAPA HARI JE LAGI..HU HU HU

Itulah yang akan terjadi...tinggal beberapa hari je lagi saya akan meneruskan perjuangan saya di SK Slim Village . Segala kerja keras telah saya dan rakan-rakan usahakan dalam membangunkan kelas pendidikan khas akan saya tinggalkan ... Sama juga keadaannya bila kita mati nanti Kan ?? Semuanya akan kita tinggalkan tanpa kita tahu bila masanya akan tiba . Tapi ni cuma pindah tempat kerja je..Tapi keadaannya mungkin tak sama kalo kita mati nanti .



Kepada anak-anak didikku ... Semoga kalian meneruskan perjuangan kalian dalam menuntut ilmu . Tak kira siapapun yang akan mengajar kalian . Jangan lupakan cikgu...



Kepada sahabat-sahabatku Kak Nani , Farhan , Mathi dan Paan teruskan segala perjuangan mendidik ahli-ahli syurga tanpa kenal jemu dan penat . Pastikan semua anak-anak istimewa kita merasai segala peluang . Hadapi segala keperitan dan kesusahan bersama anak-anak istimewa ini kerana itulah yang membezakan kita dengan guru-guru lain . Dan kita juga dah pasti apa balasan Tuhan buat kita seandainya kita melakukannya kerana Allah SWT . Teruskan perjuangan....teruskan...dan teruskan .....

Semoga ukhwah antara kita sentiasa mekar sepanjang hayat...Insyaallah...

Wednesday, June 17, 2009

Ilmu Yang didapati dari Blog Cikgu Zeck..

Sebenarnya kita ni bila dah terjebak dalam dunia IT ni memang kena rajin meneroka . Sebelum ni dapat ilmu dari blog ustazah Yan . Hari ni pulak dapat ilmu secara tak langsung dari blog cikgu zeck pulak ...Lepas ni ilmu dari sape le pulak ..Anyway apa-apa pun sama-samalah kita meneruskan perjuangan kita dalam mencari ilmu sampai ke akhir hayat kita...


Custom Glitter Text



Lady Bug Note Generators


Menarik bukan???
Jom kita hias blog kita...dan sebar-sebarkan ilmu ni...
Terima Kasih kepada yang telah mencipta program ini.....

Sunday, June 7, 2009

TQ KAK YAN...MagMyPic

Salam..bertemu kembali...
Bukak blog K Yan ada link ke MagMyPic.. ape kebendanya tu... Bila dah bukak rupanya dapat satu ilmu baru.. Kita boleh jadikan muka kita sebagai muka depan majalah... Pernah juga tahu pasal benda ni tapi tak tahu nak cari kat mana linknya.. akhirnnya alhamdulillah dapat jugak saya ilmu ni . Dan apalagi aplikasilah...Hasilnya.... Tadaaaaa....



Sunday, May 24, 2009

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.....

Walaupun Hari Ibu dah lepas tapi sebenarnya hari ibu adalah setiap hari bagi saya . Walaupun Ibu saya telah meninggalkan saya namun apa yang akan saya kongsikan di bawah ini mungkin akan terjadi kepada saya kerana saya juga seorang ibu..Walau siapa pun anda ambillah sebagai pengajaran dan renung2kanlah....

BUAT RENUNGAN KITA SEMUA…..

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya………………….

Saturday, May 23, 2009

my FAMILY

Ini pun salah satu aplikasi dalam kursus LADAP pagi tadi.... Edit gambar dalam powerpoint dan save JPEG . Inilah hasilnya...

APLIKASI CEPAT...

Tak sabar rasanya nak aplikasi apa yang telah dipelajari dalam LADAP tadi . Best bila dapat tukar2 ikut citarasa sendiri ... Apa yang pasti ilmu yang didapati ni nanti kena sebar2kan pada kawan2 yang lain pulak untuk mendapat keberkatan....

SALAM UKHWAH

Hari ni belajar buat blog... seronok betul . Selama ni dok bukak blog kawan2.. Tepikir jugak macamana depa buat blog sendiri . Bila dah tahu senang aje rupanya .... Semoga yang berkongsi ilmu dirahmati Allah SWT .. Amin....