Showing posts with label TOTEBAG. Show all posts
Showing posts with label TOTEBAG. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

SELAMAT DATANG 2013..MAN JADDA WAJADA

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera...

Awal 2013 dilalui dengan penuh kesibukan . Sesibuk manapun hidup mesti diteruskan dan menjahit pun kena diteruskan . Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya ...Inilah motto hidup saya ..duduk diam je memangla best tapi itulah....rasa membazir dan sia-sia . Ha ha ha..sesi ceramah pulak...
Ok.. sempena tahun baru ni saya ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" kepada semua pengunjung blog dan followers yang saya sayangi . Semoga hidup anda semua sentiasa dilimpahi kesejahteraan yang berpanjangan...Aminn..
Pada hujung tahun 2012 yang lalu , terdapat beberapa kraf yang saya hasilkan dan masih belum saya kongsikan di sini kerana kesibukan menguruskan pelbagai perkara ...apa lagi..layan jerr...

PELBAGAI KOLEKSI TEMPAHAN BAG

Tempahan Norhafizah Mohd Yusof






Tempahan Nor 'Adawiah Mohd Rahimi



 Tempahan Saelah






Tempahan Rumaizah Mohd Faizi


Ok, ni baru bag . Ada lagi...nanti saya update lagi...sekian , wassalam .

Monday, December 10, 2012

PLEATED TOTEBAG

Assalamualaikum .....
Salam Sejahtera ......

Inspirasi daripada tutorial di sini PLEATED TOTE TUTORIAL , maka telah terhasillah PLEATED TOTEBAG . Alhamdulillah , dengan sedikit ilmu asas-asas membuat bag yang ada saya berjaya menyiapkan bag ini dalam masa 3 jam .

CIRI-CIRI

Kain Heavy Cotton 
Berlining sebelah dalam
I poket tanpa zip
Opening Magnetic Button





Friday, April 20, 2012

TOTEBAG POTRAIT

Assalamualaikum ...
Salam Sejahtera...

Berikutnya adalah totebag potrait air tangan saya tempahan rakan-rakan saya yang mengajar di kelas-kelas pendidikan khas Kuala Lumpur . Memandangkan mereka semua adalah guru makanya totebag potrait amatlah sesuai untuk mereka ....Terima kasih diucapkan kepada Kak Ceri , Kak Ros dan Kak Roy di atas tempahan ini . Semoga bergembira dengan bag masing-masing .

TEMPAHAN KAK CERI


TEMPAHAN KAK ROS


TEMPAHAN KAK ROY


Seperti biasa bagi yang berminat bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau di facebook / Adila Adnan .
Have a nice day :)

Friday, March 30, 2012

TEMPAHAN TOTEBAG USTAZAH NURUL

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Agak sibuk kebelakangan ni menyiapkan tempahan... paparan tempahan totebag yang berikutnya...
Totebag ni saiznya lebih besar sedikit berbanding dengan totebag-totebag yang biasa saya buat... asalnya totebag bersaiz besar ini adalah tempahan sahabat saya Suzilawati Ghazali...bila dia pakai bag tu tak secara langsung telah mempromosi bag hasil air tangan saya . ALHAMDULILLAH... So Ustazah Nurul pun nakkan saiz dan patern yang sama... Inilah hasilnya .... Bag Epal Ustazah Nurul... :)


Friday, February 10, 2012

TEMPAHAN TOTEBAG 2012

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera.....

Saksikanlah tempahan totebag pada awal tahun...
Sebenarnya ada banyak lagi tapi terlupa nak snap gambar . Terima kasih diucapkan kepada Kisnawati Mahsen , Mariati Mamat , Rozakina Che Su , Wan Norziani , Norabian , Zakiah , K Latifah Idris dan Ustazah Salamiah kerana sudi membeli bag buatan tangan saya . Ini antara gambar totebag yang saya sempat snap..

TEMPAHAN ZAKIAH SK SERI LEKIR


TEMPAHAN ROZAKINA CHE SU


TEMPAHAN KISNAWATI MAHSEN


Tuesday, January 3, 2012

TEMPAHAN USTAZAH KAFA

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera....

Di penghujung cuti sekolah ini , mood menjahit saya telah kembali dengan berkobar-kobar...inilah permulaannya . Tempahan ini diambil sebelum cuti sekolah yang lalu akan tetapi tak dapat saya siapkan..maka adalah diharapkan kepada yang menempah tidaklah marah kepada saya.... Semoga tempahan yang saya siapkan ini dapat digunakan pada awal tahun baru ini dengan hati yang riang...

MAKEUP POUCH


TOTEBAG POTRAIT

Seperti biasa kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau di FACEBOOK/ Adila Adnan . Semoga semuanya diberkati Allah SWT . Aminnn...

Monday, October 10, 2011

TOTEBAG LAGI..

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera....

Totebag kembali lagi.....hi hi... Kali ni saya paparkan tempahan Pn Hazlina Hakim dan En Robert Sam . Bag kali memanjang atau saya namakan Totebag Potrait . Layan je lah...


TEMPAHAN ROBERT SAM



TEMPAHAN KAK HAZLINA HAKIM


Tuesday, June 21, 2011

TOTEBAG LAGI..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sepanjang cuti sekolah yang lalu saya pulun menyiapkan tempahan totebag . Waktu cuti kena dimanfaatkan sepenuhnya kerana bila dah buka sekolah banyak komitmen lain yang perlu diberi tumpuan . Inilah senario part time crafter macam saya dan kawan-kawan crafter yang lain . So ...layan ajelah..
















Thursday, June 9, 2011

MY FIRST BAG WITH ZIP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya saya berjaya mengattachkan zip pada koleksi bag buatan saya yang seterusnya...hi hi hi..best tak terkata....macam biasa saya memang lambat sikit kalo rujuk pada blog-blog crafters..so akhirnya saya beli satu bag berzip yang berharga RM 10 kat pasar malam , saya bukak balik dan cantum balik.... barulah faham... rupanya tak la susah mana ..




Monday, April 25, 2011

SIMPLE TOTEBAG FOR SALE

SAIZ
17" x 10.5" x 4"

FABRIK
Cotton

CIRI-CIRI
Berlining Sebelah Dalam + Magnetic Button

HARGA
RM 20 sahaja + RM 6 ( Pos Laju )

KEGUNAAN
Bag Telekung , Bag Buku , Handbag dan lain-lain

Juga boleh dihadiahkan kepada yang tersayang terutamanya kepada guru-guru atau ibu kalian sempena Hari Guru dan Hari Ibu yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi .
Apalagi JOM BELI !!!



RESERVED BY DORATUN AINA




Untuk pertanyaaan lanjut dan berminat bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau Facebook/Adila Adnan .