Sunday, December 25, 2011

SARUNG KUSYEN TEMPAHAN NAZURA HASSAN DAN CIKGU FASIHAH

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera.....

Sepanjang cuti sekolah ni saya hanya dapat menyiapkan 2 pasang sarung kusyen sahaja . Ingatkan cuti sekolah macam2 produk boleh dihasilkan namun ianya tidak seperti yang saya rancangkan...hu hu hu.... pelbagai ragam ketiga-tiga anak saya perlu saya penuhi dari bangun tidur sehingga mereka tidur semula di malam hari... so selepas mereka tidur maka dengan ibunya pun tidur sekali....
So sarung kusyen kali ni adalah tempahan kakak ipar saya iaitu NAZURA HASSAN dan sahabat baik saya iaitu FASIHAH YAAKUB . Layannnnn....

TEMPAHAN NAZURA HASSAN



TEMPAHAN FASIHAH YAAKUB


Seperti biasa kepada yang berminat untuk tempahan bolehlah menghubungi saya melalui emel adilaosman@gmail.com atau di FACEBOOK/Adila Adnan .
Semoga hidup anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT . Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, December 5, 2011

PENCIL CASE UNTUK CIKGU AWEEN DAN PROJEK AMAL GMJ

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Pada tahun ini , anak sulung saya NURAZWEEN SHAFIZZA telah tamat belajar di PASTI dan akan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan . Pada hari terakhir persekolahan , maka sebagai tanda kenang-kenangan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-gurunya maka saya telah menjahitkan Pencil Case untuk mereka di atas jasa mereka yang telah menjaga dan mendidik anak saya .



Selain itu juga di FACEBOOK saya adalah merupakan ahli GMJ Club ( Geng Mesin Jahit Close Group ) . GMJ Club telah menganjurkan Projek Amal menjahit pensel case untuk dihadiahkan kepada anak-anak yatim .

SEKADAR RENUNGAN

Allah Azza wa Jalla berfirman :
Bandingan ( derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai . setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji . Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya , lagi meliputi ilmu pengetahuanNya .

( Al Baqarah ayat 261 )

Saturday, November 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY...MAKE UP POUCH

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera....

Saya mempunyai satu tabiat suka 'Memberi Hadiah' . Ada satu pepatah yang saya ingat sangat iaitu " Hadiah menghadiahilah . Semoga akan bertambah kasih sayang di antara kamu ". Memang terbukti pepatah ni.... persahabatan akan menjadi lebih rapat.... dan yang paling penting semua orang akan rasa gembira bila dapat hadiah . So kebetulan ulangtahun kelahiran seorang sahabat di sekolah... tak tau pun ...tp sekarang ni senang. Semuanya melalui Facebook . Saya terdorong untuk menjahitkan make up pouch untuk sahabat saya ini memandangkan dia juga adalah seorang pelanggan setia hasil kraf saya .

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN K TIPAH .
SEMOGA SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIRAHMATI HIDUPMU DUNIA DAN AKHIRAT.... AMIN

Monday, November 14, 2011

SARUNG KUSYEN RE UNTUK CHE IMA SEMPENA PERKAHWINANNYA

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera....

Dah lama tak kuar entry... hi hi... tak baper sihat .... sakit gigi pastu sakitnya terus tangkap kepala ... nak tido je kejanya.... riso gak..tempahan banyak tak siap lagi.... hu hu hu...
Kali ni nak share sarung kusyen sulaman reben yang saya buat untuk adik bongsu saya yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 23 Oktober 2011 yang lalu .... Saksikanlah ....





Tuesday, October 18, 2011

SLING BAG

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Dah lama tak buat SLING BAG so kena testing buat balik. Kali ni saya buat sling bag guna heavy cotton dan dilapik dengan kain gam yang paling tebal . Terima kasih diucapkan kepada Kak Milah SCLover kerana sudi share ilmu dia dengan saya . Saper2 yang rajin jemputlah melawat blog SCLover Collections yang di dalamnya terdapat pelbagai bag yang sangat canthekkkk dan mabeloussssss.... Jom kita tengok hasilnya......

TESTING...


TEMPAHAN KISNAWATI MAHSEN


TEMPAHAN MARIAM HAMID

Paling syok bila pemilik2 bag sangat berpuas hati dan happpyyyy.... Alhamdulillah .... :)

Monday, October 10, 2011

TOTEBAG LAGI..

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera....

Totebag kembali lagi.....hi hi... Kali ni saya paparkan tempahan Pn Hazlina Hakim dan En Robert Sam . Bag kali memanjang atau saya namakan Totebag Potrait . Layan je lah...


TEMPAHAN ROBERT SAM



TEMPAHAN KAK HAZLINA HAKIM


Wednesday, October 5, 2011

TEMPAHAN FAEDATUL NISA

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera ....

Sulaman Reben Dilla kembali lagi..... Kali ni saya nak paparkan tempahan customer yang paling banyak ... Pn Faedatul Nisa telah menempah 3 pasang Sarung Kusyen Sulaman Reben dan 1 pasang Sarung Bantal Bujur Sulaman Reben . Terima kasih di atas tempahan yang begitu banyak . Sebenarnya tempahan ni dah lama akan tetapi berkat kesabaran si penempahnya maka siap juga akhirnya . Layaannnn.....

SARUNG BANTAL SEGIEMPAT SAMA 16"X16"







SARUNG BANTAL BUJUR