Friday, February 10, 2012

TEMPAHAN TOTEBAG 2012

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera.....

Saksikanlah tempahan totebag pada awal tahun...
Sebenarnya ada banyak lagi tapi terlupa nak snap gambar . Terima kasih diucapkan kepada Kisnawati Mahsen , Mariati Mamat , Rozakina Che Su , Wan Norziani , Norabian , Zakiah , K Latifah Idris dan Ustazah Salamiah kerana sudi membeli bag buatan tangan saya . Ini antara gambar totebag yang saya sempat snap..

TEMPAHAN ZAKIAH SK SERI LEKIR


TEMPAHAN ROZAKINA CHE SU


TEMPAHAN KISNAWATI MAHSEN


Monday, February 6, 2012

TOTEBAG MINI

Assalamualaikum ...
Salam Sejahtera....

Bag mini ni dibuat untuk ibu saya . Untuk dibawa masa pegi mengaji ngan usrah . Paternnya sama macam patern yang saya selalu buat sebelum ni cuma saiznya kecil sedikit ...



MY NEW LABEL

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Nak share... seronok sangat rasanya bila dah ada label sendiri ...Label ni ditempah dari SUCCESS GRAFIKA . Total semua ada 1200 pcs... so nampak gaya kenalah semakin produktif ni ...

Tuesday, January 3, 2012

TEMPAHAN USTAZAH KAFA

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera....

Di penghujung cuti sekolah ini , mood menjahit saya telah kembali dengan berkobar-kobar...inilah permulaannya . Tempahan ini diambil sebelum cuti sekolah yang lalu akan tetapi tak dapat saya siapkan..maka adalah diharapkan kepada yang menempah tidaklah marah kepada saya.... Semoga tempahan yang saya siapkan ini dapat digunakan pada awal tahun baru ini dengan hati yang riang...

MAKEUP POUCH


TOTEBAG POTRAIT

Seperti biasa kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya di adilaosman@gmail.com atau di FACEBOOK/ Adila Adnan . Semoga semuanya diberkati Allah SWT . Aminnn...

Sunday, December 25, 2011

SARUNG KUSYEN TEMPAHAN NAZURA HASSAN DAN CIKGU FASIHAH

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera.....

Sepanjang cuti sekolah ni saya hanya dapat menyiapkan 2 pasang sarung kusyen sahaja . Ingatkan cuti sekolah macam2 produk boleh dihasilkan namun ianya tidak seperti yang saya rancangkan...hu hu hu.... pelbagai ragam ketiga-tiga anak saya perlu saya penuhi dari bangun tidur sehingga mereka tidur semula di malam hari... so selepas mereka tidur maka dengan ibunya pun tidur sekali....
So sarung kusyen kali ni adalah tempahan kakak ipar saya iaitu NAZURA HASSAN dan sahabat baik saya iaitu FASIHAH YAAKUB . Layannnnn....

TEMPAHAN NAZURA HASSAN



TEMPAHAN FASIHAH YAAKUB


Seperti biasa kepada yang berminat untuk tempahan bolehlah menghubungi saya melalui emel adilaosman@gmail.com atau di FACEBOOK/Adila Adnan .
Semoga hidup anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT . Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, December 5, 2011

PENCIL CASE UNTUK CIKGU AWEEN DAN PROJEK AMAL GMJ

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Pada tahun ini , anak sulung saya NURAZWEEN SHAFIZZA telah tamat belajar di PASTI dan akan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan . Pada hari terakhir persekolahan , maka sebagai tanda kenang-kenangan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-gurunya maka saya telah menjahitkan Pencil Case untuk mereka di atas jasa mereka yang telah menjaga dan mendidik anak saya .



Selain itu juga di FACEBOOK saya adalah merupakan ahli GMJ Club ( Geng Mesin Jahit Close Group ) . GMJ Club telah menganjurkan Projek Amal menjahit pensel case untuk dihadiahkan kepada anak-anak yatim .

SEKADAR RENUNGAN

Allah Azza wa Jalla berfirman :
Bandingan ( derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai . setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji . Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya , lagi meliputi ilmu pengetahuanNya .

( Al Baqarah ayat 261 )

Saturday, November 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY...MAKE UP POUCH

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera....

Saya mempunyai satu tabiat suka 'Memberi Hadiah' . Ada satu pepatah yang saya ingat sangat iaitu " Hadiah menghadiahilah . Semoga akan bertambah kasih sayang di antara kamu ". Memang terbukti pepatah ni.... persahabatan akan menjadi lebih rapat.... dan yang paling penting semua orang akan rasa gembira bila dapat hadiah . So kebetulan ulangtahun kelahiran seorang sahabat di sekolah... tak tau pun ...tp sekarang ni senang. Semuanya melalui Facebook . Saya terdorong untuk menjahitkan make up pouch untuk sahabat saya ini memandangkan dia juga adalah seorang pelanggan setia hasil kraf saya .

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN K TIPAH .
SEMOGA SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIRAHMATI HIDUPMU DUNIA DAN AKHIRAT.... AMIN