Dah lama benar tak update blog . Bukannya sengaja tapi situasi tak mengizinkan . Alhamdulillah hari ni dapat juga saya melaksanakannya sementara anak2 sedang lena dibuai mimpi . Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 3 Januari 2010 tepat jam 11.05 pagi . Semuanya atas kehendak Allah SWT kerana jangkaan bersalin adalah pada 25 Februari 2010 akan tetapi bayi perlu dikeluarkan lebih awal kerana komplikasi darah tinggi yang saya hadapi ...Mula2nya risau juga kerana usia kandungan adalah 32 minggu ( 8 bulan ) dan bayi yang dilahirkan sudah semestinya tidak cukup matang . Kuasa Allah SWT.. selepas 2 minggu dilahirkan baby disahkan sihat dan dibenarkan pulang ke rumah .
SEMASA DALAM INKUBATOR
SELEPAS KELUAR DARI INKUBATOR
SELEPAS BERUSIA SEBULAN LEBIH..
Semoga zuriatku ini MUHAMMAD ILHAM SHUKRAWI menjadi anak yang soleh dan diredhoi Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amin...
Tahniah Dilla...
ReplyDelete