Monday, December 5, 2011

PENCIL CASE UNTUK CIKGU AWEEN DAN PROJEK AMAL GMJ

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Pada tahun ini , anak sulung saya NURAZWEEN SHAFIZZA telah tamat belajar di PASTI dan akan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan . Pada hari terakhir persekolahan , maka sebagai tanda kenang-kenangan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-gurunya maka saya telah menjahitkan Pencil Case untuk mereka di atas jasa mereka yang telah menjaga dan mendidik anak saya .



Selain itu juga di FACEBOOK saya adalah merupakan ahli GMJ Club ( Geng Mesin Jahit Close Group ) . GMJ Club telah menganjurkan Projek Amal menjahit pensel case untuk dihadiahkan kepada anak-anak yatim .

SEKADAR RENUNGAN

Allah Azza wa Jalla berfirman :
Bandingan ( derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai . setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji . Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya , lagi meliputi ilmu pengetahuanNya .

( Al Baqarah ayat 261 )

4 comments:

  1. bila eks due untuk projek amal GMJ tuh? saya jarang masuk, so tak tau sgt aktiviti apa, but kalau kerja amal camni teringin nak join

    ReplyDelete
  2. K Mila ..tarikh duenya 5/12/11.

    ReplyDelete
  3. salam k dila,

    Tengok tu...dah la RE cantik2, macam2 jenis bag kak dila boleh buat, memang multi-skill tau kak dila ni.

    Saya ni cepat bosan duk depan mesin jahit, ada petua camna nak rajin menjahit tak?

    ReplyDelete
  4. Yanti , menjahit ni mmg ada musimnya...so bila dah hilang sikit semangat nak menjahit k dilla menyulam pulak pastu baca novel ngan tegok citer korea...hi hi..tak padan dengan anak 3...rasa macam muda jer selalu... Apa pun yang penting kita enjoy buat semua benda yang kita suka...betul tak ??

    ReplyDelete