Sunday, July 18, 2010

ALKISAH...

Salam semua...
Memandangkan diri ini sudah mula mengambil tempahan ...terfikir juga nak ada tempat yang selesa untuk menjahit dan menyusun atur segala peralatan jahitan ... cadang2 nak beli meja ... tapi tiba2 ayah ofer nak bagi meja makan... apalagi sesuai sangatla kalo nak dijadikan tempat menjahit saya....punyalah suka walaupun tak seberapa . Ini adalah permulaannya....kerja semakin bersemangat dan berfokus...

TADAA....

ANTARA KOLEKSI KAIN YANG DIBELI DARI BUTIK DIESHA ONLINE


KOLEKSI RAM


FOLDED ROSE YANG SUDAH SIAP DAN TUNGGU MASA UNTUK DITANAM

Monday, July 12, 2010

THE NEXT CUSHION COVER FROM ME...

Salam...
Ini tempahan sarung kusyen sulaman reben oleh rakan sekerja saya...sampai dua patern sekaligus....sebelum2 ni buat untuk diri sendiri so lambat siap..tapi bila dah ada komitmen barulah saya dapat menyiapkan dengan kadar yang segera ....so ..lepas ni kepada mana2 rakan atau pengunjung blog yang suka dan berminat dengan hasil kerja saya dan ingin membuat tempahan ...TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG....harga sangat berpatutan...details boleh bagitahu dalam emel saya..

KOD 01





KOD 012


Wednesday, June 16, 2010

SARUNG BANTAL BUJUR RE

Salam...
Hari ni dah minggu kedua cuti persekolahan...semalam baru saya dapat menyiapkan tempahan adik saya iaitu Che Ima Ting Tong SARUNG BANTAL BUJUR yang dijahit dengan sulaman reben ... dah lama dia tempah tapi baru dapat siapkan masa cuti sekolah ni....Ada lagi projek RE ni so nantikan yang seterusnya.....





Wednesday, May 19, 2010

LAGI BINGKAI GAMBAR SULAMAN REBEN...

Salam...
Ini the lates projek RE saya . Macam yang saya pernah buat sebelum ni...apalagi... layan jangan tak layan kepada sesiapa yang suka tengok dan berminat dengan sulaman reben .





Tuesday, May 4, 2010

SARUNG KUSYEN 2

Salam semua...
Dah lama siapnya tapi nak jadikannya sarung kusyen macam2 halangan... Almaklum ajela baru nak stat bukak mesin jahit , baby pun memulakan konsertnya...hi hi ... Apa pun minat punya pasal kenalah pandai2 cari masa yang sesuai...biar lambat asalkan siap juga akhirnya....hi hi hi..




Thursday, April 15, 2010

MUFFIN OH MUFFIN

Salam.............
Kembali ke alam blogspot . Dua tiga menjak ni asyik layan bizi dan FB so terabai sekejap untuk update diariku ini . Apa pun kali ni nak share pasal makanan pulak . Anak yang sulong suka sangat makan kek ...so kenala cari resepi yang mudah dan bahan yang digunakan pun mudah . At last jumpa dalam myresepi.com. TQ so much diucapkan kepada yang sudi kongsi resepi kat sana . Lagi satu yang menyebabkan saya berkobar-kobar nak try buat muffin ni kerana teringat muffin yang saya makan kat Hotel UiTM , Pulau Pinang . Best betul. Tak boleh lupa sampai sekarang ....
Banyak dah muffin yang dibuat tapi sempat shoot gambar muffin yang ni jer . Lain tak sempat.........selamat menjamu mata ...

MUFFIN BUAH

MUFFIN COKLAT PISANG

MUFFIN COKLAT PISANG

Monday, February 22, 2010

KELAHIRAN...

Dah lama benar tak update blog . Bukannya sengaja tapi situasi tak mengizinkan . Alhamdulillah hari ni dapat juga saya melaksanakannya sementara anak2 sedang lena dibuai mimpi . Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 3 Januari 2010 tepat jam 11.05 pagi . Semuanya atas kehendak Allah SWT kerana jangkaan bersalin adalah pada 25 Februari 2010 akan tetapi bayi perlu dikeluarkan lebih awal kerana komplikasi darah tinggi yang saya hadapi ...Mula2nya risau juga kerana usia kandungan adalah 32 minggu ( 8 bulan ) dan bayi yang dilahirkan sudah semestinya tidak cukup matang . Kuasa Allah SWT.. selepas 2 minggu dilahirkan baby disahkan sihat dan dibenarkan pulang ke rumah .

SEMASA DALAM INKUBATOR

SELEPAS KELUAR DARI INKUBATOR

SELEPAS BERUSIA SEBULAN LEBIH..

Semoga zuriatku ini MUHAMMAD ILHAM SHUKRAWI menjadi anak yang soleh dan diredhoi Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amin...