Salam... dengan semangat yang berkobar- kobar maka terhasillah pula totebag saya yang ketiga . Kali ini saya buat besar sikit . Saiznya 20x20 inci . Trend sekarang ni saya lihat ramai yang suka pakai bag yang besar saiznya . Bag ni adalah milik Kak Mai . So Kak Mai , terimalah totebag dari Dilla yang Dilla buat penuh dengan semangat yang berkobar-kobar . Ha ha ha .
UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN KITA PERLU MELAKUKAN SESUATU . JANGANLAH KITA MENJADI ORANG MAHU BERUBAH TETAPI TIDAK MAHU BERTINDAK DAN MENGAMBIL SIKAP TUNGGU DAN LIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN ...FIKIRKANLAH...
Monday, December 13, 2010
SEMANGATKU TELAH KEMBALI...YEAY !
Salam semua...
Dah lama benar rasanya tak post sebarang entry . Bermacam-macam perkara yang berlaku dalam kehidupan saya dan sedikit sebanyak telah menghilangkan semangat saya untuk terus melaksanakan minat yang mendalam dalam bidang jahitan . Akan tetapi pada hari Jumaat yang lalu semangat dan minat itu telah kembali semula dalam hidup saya , itupun setelah saya membuka blog NeezaNeedleS . Tutorial Simple Pencil Casenya telah membuakkan kembali semangat saya untuk kembali menghadap mesin jahit yang amat saya sayangi . Macam-macam kan........... inilah dinamakan ragam kehidupan . Bukan senang nak mengekalkan tugas yang diminati terus menerus... semuanya ada pasang surut..
Maka dengan ini terhasillah pencil case daripada ilmu yang dikongsikan oleh Neeza . Thank U so much Neeza .
Friday, October 22, 2010
KAK BEDAHKU SAYANG......
Sedih.....tapi itulah hakikat dalam sebuah kehidupan......saya dan rakan-rakan seperjuangan terpaksa merelakan perpindahan Kak Bedah ke sekolah lain . Kak Bedah ( Penyelaras Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ) telah ditukarkan ke SK Dato' Kamaruddin untuk membuka program baru pendidikan khas di sana.... saya masih baru bersama-sama Kak Bedah akan tetapi bagaikan sudah lama mengenalinya . Dia adalah seorang kakak dan pemimpin yang sangat hebat....terlalu banyak untuk dicatatkan disini akan kehebatannya..... belum pernah saya jumpa seorang pemimpin yang sebegini dedikasinya....
Akhirnya timbullah idea untuk membuat sebuah totebag untuk Kak Bedah sebagai tanda kenang-kenangan dan kasih sayang dari saya..... Memandangkan Kak Bedah merupakan seorang peminat koleksi pinggan mangkuk Vantage so saya hasilkan totebag yang bertemakan Vantage..... Kebetulan yang amat sangat saya ada koleksi kain heavy cotton bercorak bunga Vantage yang saya beli dari DIESHA maka inilah hasilnya .......
TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH KAK IDA
Salam....bersua kembali. Kali ini saya paparkan sarung kusyen yang seterusnya .... Ini adalah tempahan k ida . Dia nak 2 pasang yang sama bunga . Jadi kesemua sekali 4 helai sarung yang perlu saya siapkan... untuk patern ni banyak folded rose yang digunakan..... i like folded rose so much... apa pun thanks k ida di atas tempahanmu...
So macam biasa untuk sesiapa yang berminat dan ingin membuat tempahan bolehlah hubungi saya di emel adilaosman@gmail.com atau facebook/Adila Adnan .
Monday, September 20, 2010
TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH SAADAH DAN KAK SARINA
Salam...
Bertemu kembali . Sambung kembali episod seterusnya dengan Sulaman Reben . Ini adalah tempahan oleh rakan-rakan yang sempat saya siapkan sebelum hari raya .
TEMPAHAN OLEH KAK SARINA
TEMPAHAN OLEH SAADAH
Selamat Menjamu Mata. Bagi yang berminat untuk tempahan boleh hubungi saya di emel adilaosman@gmail.com atau di facebook/ Adila Adnan . Harga yang saya tawarkan sangat-sangat berpatutan . Kepada yang membuat tempahan TERIMA KASIH diucapkan . Wassalam .
Wednesday, September 8, 2010
SALAM AIDILFITRI 2010
Salam .....
Sedihnya ...Ramadhan bakal meninggalkan kita ..moga Allah memanjangkan umur kita untuk diketemukan pada ramadhan yang akan datang.... Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan blogers dan pengunjung setia blog saya....mohon ampun dan maaf seandainya terdapat salah dan silap daripada pihak saya sepanjang blog saya ini beroperasi....Akhir kata semoga apa yang kita dah dapat dari Universiti Ramadhan akan terus kita aplikasikan dalam bulan2 yang seterusnya . Amin...
Wednesday, September 1, 2010
TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH RUBY DARI SABAH
Salam...
Bertemu kembali . Kali ini saya nak paparkan tempahan sarung kusyen oleh Ruby dari Kota Kinabalu , Sabah . Saya amat berharap Ruby berpuas hati dengan hasil kerja saya . Apa yang paling penting ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ruby kerana sudi menjadi customer saya yang secara tidak langsung menambah kemahiran dan ilmu saya dalam bidang sulaman reben .
Kepada pengunjung blog...SELAMAT MENJAMU MATA dan selamat memberi komen membina. Untuk tempahan sila hubungi saya melalui emel : adilaosman@gmail.com atau di facebook/ Adila Adnan .
Subscribe to:
Posts (Atom)
