Monday, January 3, 2011

ALHAMDULILLAH.....

Salam.. Alhamdulillah..aktiviti sajer suka-suka akhirnya mendapat kepercayaan oleh sahabat-sahabat saya . Tempahan totebag buat kali pertama... suka , suka.... Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Lynn Mat Isa , K Latifah Idris dan Rozakinah kerana menempah totebag daripada saya . Inilah dia hasilnya ...


TEMPAHAN LYNN MAT ISA

TEMPAHAN K LATIFAH

TEMPAHAN ROZAKINAH

Selain daripada totebag ada juga yang berminat dengan Pencil Case . Alang-alang potong kain , baik potong sekali banyak...


Ok tak kawan-kawan . Harapan saya bagi sesiapa yang singgah kat blog ni silalah tinggalkan komen agar saya dapat memperbaiki kelemahan saya .
Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi saya di emel adilaosman@gmail.com atau Adila Adnan/Facebook .
Sekianlah entry saya di tahun baru ni...esok dah kembali bertugas semula setelah lama bercuti...



Saturday, December 25, 2010

TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH "N"

Salam... ini hasil kerja saya seterusnya . Tempahan sarung kusyen oleh sahabat lama semasa di sekolah menengah dulu . Terima kasih "N" kerana sudi membuat tempahan .






Saiz : 16 inci x 16 inci
Warna kain : Putih
Harga : RM 60 sepasang

Berminat ????? Sila hubungi saya melalui emel : adilaosman@gmail.com atau di Adila Adnan/Facebook



Monday, December 13, 2010

TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH KAK MARDZIAH RAMLI

Salam....sarung kusyen kini kembali . Inilah hasilnya setelah hampir sebulan ianya terperam . Mohon maaf pada pemiliknya . Apa pun terima kasih kerana setia menanti . K Mai telah menempah 2 pasang sarung kusyen yang berlainan patern .





Saiz : 16 x 16 inci
Warna Kain : Gold
Harga : RM 60 sepasang

Patern yang berikutnya....






Saiz : 16 x 16 inci
Warna Kain : Krim
Harga : RM 60 sepasang

Kepada yang berminat ...
Hubungi saya di adilaosman@gmail.com atau di facebook/Adila Adnan

TOTEBAG LAGI..

Salam... dengan semangat yang berkobar- kobar maka terhasillah pula totebag saya yang ketiga . Kali ini saya buat besar sikit . Saiznya 20x20 inci . Trend sekarang ni saya lihat ramai yang suka pakai bag yang besar saiznya . Bag ni adalah milik Kak Mai . So Kak Mai , terimalah totebag dari Dilla yang Dilla buat penuh dengan semangat yang berkobar-kobar . Ha ha ha .



SEMANGATKU TELAH KEMBALI...YEAY !

Salam semua...
Dah lama benar rasanya tak post sebarang entry . Bermacam-macam perkara yang berlaku dalam kehidupan saya dan sedikit sebanyak telah menghilangkan semangat saya untuk terus melaksanakan minat yang mendalam dalam bidang jahitan . Akan tetapi pada hari Jumaat yang lalu semangat dan minat itu telah kembali semula dalam hidup saya , itupun setelah saya membuka blog NeezaNeedleS . Tutorial Simple Pencil Casenya telah membuakkan kembali semangat saya untuk kembali menghadap mesin jahit yang amat saya sayangi . Macam-macam kan........... inilah dinamakan ragam kehidupan . Bukan senang nak mengekalkan tugas yang diminati terus menerus... semuanya ada pasang surut..
Maka dengan ini terhasillah pencil case daripada ilmu yang dikongsikan oleh Neeza . Thank U so much Neeza .



Friday, October 22, 2010

KAK BEDAHKU SAYANG......

Sedih.....tapi itulah hakikat dalam sebuah kehidupan......saya dan rakan-rakan seperjuangan terpaksa merelakan perpindahan Kak Bedah ke sekolah lain . Kak Bedah ( Penyelaras Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ) telah ditukarkan ke SK Dato' Kamaruddin untuk membuka program baru pendidikan khas di sana.... saya masih baru bersama-sama Kak Bedah akan tetapi bagaikan sudah lama mengenalinya . Dia adalah seorang kakak dan pemimpin yang sangat hebat....terlalu banyak untuk dicatatkan disini akan kehebatannya..... belum pernah saya jumpa seorang pemimpin yang sebegini dedikasinya....
Akhirnya timbullah idea untuk membuat sebuah totebag untuk Kak Bedah sebagai tanda kenang-kenangan dan kasih sayang dari saya..... Memandangkan Kak Bedah merupakan seorang peminat koleksi pinggan mangkuk Vantage so saya hasilkan totebag yang bertemakan Vantage..... Kebetulan yang amat sangat saya ada koleksi kain heavy cotton bercorak bunga Vantage yang saya beli dari DIESHA maka inilah hasilnya .......



TEMPAHAN SARUNG KUSYEN OLEH KAK IDA

Salam....bersua kembali. Kali ini saya paparkan sarung kusyen yang seterusnya .... Ini adalah tempahan k ida . Dia nak 2 pasang yang sama bunga . Jadi kesemua sekali 4 helai sarung yang perlu saya siapkan... untuk patern ni banyak folded rose yang digunakan..... i like folded rose so much... apa pun thanks k ida di atas tempahanmu...
So macam biasa untuk sesiapa yang berminat dan ingin membuat tempahan bolehlah hubungi saya di emel adilaosman@gmail.com atau facebook/Adila Adnan .