Monday, July 25, 2011

LAGI BOX PENCIL CASE

Assalamualaikum .....
Salam Sejahtera.....

Tak sangka rupanya ada yang berminat dengan box pencil case ni.... sebenarnya yang tukang buat ni tak baper nak berminat dengan patern box pencil case ni tapi dah ada permintaan aku gagahkan juga untuk membuatnya ....seandainya ada yang tak berpuas hati dengan hasil kerja saya AMPUN MAAF dipinta...... hu hu hu .... den buat apa yang den mampu..... Setiap hasil kerja yang disertai dengan minat akan mendatangkan hasil dan kepuasan kepada yang melaksanakannya ..... Betul tak ????? Sendiri la jawab ...... BETULLLLLLLL .... so layan....

TEMPAHAN ZANA YAHYA



TEMPAHAN NADIRAH ADNAN


Friday, July 8, 2011

FIRST TRY..SULAMAN REBEN BUNGA ROS

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera...

Ermmm.... makan masa yang agak lama untuk menghasilkan sulaman reben bunga ros ni.. setelah tiga kali percubaan baru jadi...jadi ker ???? entahlah... nampak macam jadi... apa pun kepada yag pakar harap dapat beri komen untuk penambahbaikkan... belajar melalui gambar kadang-kadang jadi kadang tak jadi..macam tu la...apa pun layan jelah...





Thursday, July 7, 2011

KEYCHAIN WITH HANDMADE LABEL...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Kraf yang seterusnya...keychain yang telah lama ditempah..oleh kerana macam-macam hal yang tidak dapat dielakkan tak dapatlah saya menyiapkannya dengan lebih awal..mohon maaf kepada Rosnizan Ramli dan Izawaty Zulkifli .

TEMPAHAN ROSNIZAN ROMLI




TEMPAHAN IZAWATY ZULKIFLI



Monday, July 4, 2011

TESTING HANDMADE...

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera...

Minggu lepas adalah minggu yang tersangatlah sibuknya... segala kerja meNjahit tidak dapat berlangsung dengan sempurna... bila badan dah letih makanya semangat pun turut ikut sama...
Harapnya minggu ni dan minggu-minggu seterusnya akan berjalan dengan lancar.... Amin....

Entry kali ni saya nak share pasal aktiviti coba-coba saya.... ada permintaan untuk buat make up pouch dan box pencil case..makanya kenalah saya buat sesi percubaan dulu... rujuk kat tutorial bloggers dan cuba buat....dan hasilnya bila customer setuju barulah boleh saya ambik tempahan... Ye la nanti kalo tak puas hati tak syokla macam tu kan.... prinsip saya dalam menghasilkan handmade adalah saya dapat mengembirakan hati orang lain ..

BOX PENCIL CASE





MAKEUP POUCH







Tuesday, June 21, 2011

TOTEBAG LAGI..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sepanjang cuti sekolah yang lalu saya pulun menyiapkan tempahan totebag . Waktu cuti kena dimanfaatkan sepenuhnya kerana bila dah buka sekolah banyak komitmen lain yang perlu diberi tumpuan . Inilah senario part time crafter macam saya dan kawan-kawan crafter yang lain . So ...layan ajelah..
















Friday, June 10, 2011

PENCIL CASE MEDIUM SIZE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,


Sebanyak 10 buah pencil case medium size telah ditempah oleh Kak Hazlina Hakim untuk 5 orang anak daranya . Satu untuk sekolah pagi dan satu lagi untuk sekolah agama di sebelah petang . So memandangkan pencil case ini adalah untuk budak sekolah rendah maka saya memilih fabrik yang bertemakan kartun dan fabrik belang yang warnanya agak menyerlah . Sememangnya budak-budak tu teruja bila dah dapat bahagian masing-masing . Siap tunjuk kat kawan dan kawannya pun nak tempah jugak.....alhamdulillah dan seronok sebab dapat buat sesuatu yang menggembirakan hati sesama insan ....


Thursday, June 9, 2011

MY FIRST BAG WITH ZIP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya saya berjaya mengattachkan zip pada koleksi bag buatan saya yang seterusnya...hi hi hi..best tak terkata....macam biasa saya memang lambat sikit kalo rujuk pada blog-blog crafters..so akhirnya saya beli satu bag berzip yang berharga RM 10 kat pasar malam , saya bukak balik dan cantum balik.... barulah faham... rupanya tak la susah mana ..